Sunday, 15 January 2012

Mari ber "kata2 hikmah" :p

Bismillahirrahmanirrahim . 
Assalamualaikum . :)

Aku bosan , jadinya , nak kongsi something dengan korang . 
Takde apa sangat pun . Tangan ni saja menggatal nk menaip , padahal kerja menimbun . 
hekhek . ;p

Lets begin with this . 

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ?

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,

♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,

♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,

♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"


TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu..


N this ! 


♥ Bakal IMAM KU..

Jadilah PELINDUNG kepada ku dengan TIDAK memandang mereka yang TIDAK menutup AURAT dihadapanmu...

♥ Bakal IMAM KU..

Jadilah PELINDUNG kepada ku dengan menambahkan ILMU dan AMALANmu Kerana ALLAH..

♥ Bakal IMAM KU..

... Jadilah PELINDUNG kepada ku dengan menjaga sebaik-baiknya AKHLAKmu...

♥ Bakal IMAM KU..

Jadilah PELINDUNG kepada ku dengan mencontohi RASUL mu...

Supaya nanti apabila TIBA masanya,kau dapat menjadi PEMIMPIN KELUARGA yang diHORMATI & diSEGANI...
InsyaALLAH...

N last but not least , 

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, 
nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diriku. 
Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.. 
Wahai seseorang yang tertulis di Lauhul Mahfudz, suamiku, & ayah kepada anak-anakku, engkau yang bersama perjalananku nanti. 
Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk jd suamiku dan buah hatiku kelak.. :)

Sekadar berkongsi , benda ni pun mana tah aku cilok . 
Hehe , semoga bermanfaat . 
Bubye ! Salam ~





Tuesday, 10 January 2012

Taknak ke kalau dapat 27 ? :)

Bismillahirrahmanirrahim .

Salam . Alhamdulillah masih bernafas saat ni . 
Semoga kita dikurniakan rahmat dan nikmat hidup dalam Islam dan Iman, 
~Amin~

Okay , straight to the point . Ada benda penting nak cakap ni . Benda ni khusus untuk kaum Adam . Wahai lelaki2 sekalian , sila baca dengan hati terbuka . Bukak hati , bukak minda . 

Nak tanya , how often korang pergi solat jemaah ? HAAAA . Jangan senyum2 kambing kat sini . Kena siku nanti . Hehe . Okay . Even dekat pun masjid/surau dengan tempat korang , tetap rasa malas kann . Biasalah, muda lagii . Nanti da tua la baru pergi masjid . Buat ibadah banyak2 . Tak gitu ?

Okay people , silap besar yee . Ajal datang bila2 . Takde alarm ke warning ke ape ke . ANYTIME . Suppose to be , masa muda2 ni la , masa tengah larat nak bejalan , masa tengah gagah , tengah bertenaga lagi , apa salahnya berjalan pergi jemaah kat masjid . 

Nak tahu tak apa FADHILAT nye bila berjemaah ? Jap , FADHILAT tu keistimewaan/kelebihan ye abg2 comel .

Ni antaranya :

Masuk Syurga Tanpa Hisab.

Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:

Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).

Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.

Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan

Terima suratan amal dengan tangan kanan.


Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir. Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal (kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada tangan-tangan mereka.


Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya;


Haqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kenapa 27 ??

Baca kat sini .

Sunday, 8 January 2012

Berubah ^_^

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum . :) 

Hurmm . Hati tengah tersentap2 ni . Hehe . Takdelahh . Firstly , entry ni tak dituju pada sesiapa pun ye , ni cuma apa yang aku rasa . Harap2nya takkan ada yang terasa atau salah faham . Okey senyum dulu . :) 

So , berubah ni . Pada aku la , berubah ni , da semestinya bagus . Tersangatlahh baguss . Memang bagus . 3 kali dah ulang ni . Memang bagus ehh . Tak tipu . Dan sangat bagus bila kita berubah , kita ajak orang lain sama2 berubah macam kita . Maksud aku kat sini , berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya . Dulu malas solat , kepada rajin untuk berjemaah . Dulu buka aurat , kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat . 

Bilahati kita ada niat untuk berubah tu , Alhamdulillah . Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan tu , untuk keluar dari lumpur kejahilan . Kann ? Alhamdulillah sangat . Bila kita berubah , kawan2 tengok perubahan kita tu , mesti kawan pun nak ikut , sama mcm kita . Sama2 awesome kan . Sama2 berubah pada yang lebih baik . Dan InsyaAllah sama2 berusaha untuk mencapai SYURGA ALLAH . Tapiiiiiiiii , ha tengok . Ade tapi diaaa .

Perubahan yang kita buat tu , jangan la sampai melukakan hati orang lain . Contohnya , dulu rajin melepak , tapi sebab nak berubah , terus buang kawan semata2 kawan2 tu semua lalai , melepak , buat kerja sia2 , tak berfaedah . Nak berubah tu , da bagus dah . Tapi hati orang kita kena jaga jugak . Ada cara nya utk kita dapat dua2 sekali , berubah pun dapat , hati kwn pun kita dapat jaga . Faham tak kat sini ? Malas nak celoteh panjang lebar . Sendiri mau ingat . Masing2 da besar , da boleh fikir . Kalau tak faham tanya . Ye pakcik2 dan makcik2 sekalian .

Tu jelah nak cakap . Nak berubah , Alhamdulillah , dlm masa yang sama , jaga hati orang lain .
Sama2lah kita . InsyaAllah . 
Semoga bermanfaat . 
Salam :)


Wednesday, 4 January 2012

Accept Differences . Can you ?

Bismillahirrahmanirrahim .
Haha . Hyeee :)

 Sejak2 ada blog ni , tiap2 hari rasa nak update . Poyo en ? 
Yela , baru nak berjinak2 , xpela pun nak batak sikit . HAHA . 
Haishh . Ha tu trngok tajuk atas tuhh . Nak tanya sikit la kann , korang boleh x terima kelainan yg ada pada orang lain ? Eh jap , accept differences ? Terima kelainan ? Betul ke ? Bantai lahh . Haha .
Buat2 faham je ehh . 

Kata pepatah , rambut sama hitam , hati lain-lain . Manusia dan perbezaan adalah dua perkataan yang TAK dapat dipisahkan. Setiap manusia ada kehidupan yang tersendiri , pengalaman hidup yang berbeza dan cara berfikir yang komfem2 berbeza . So , kita tak boleh la nak harap semua orang sama macam kita . Mana boleh . Kan ? Acuan setiap manusia berbeza-beza . Ingat tu .

So , terima la kelainan yang ada pada diri orang lain . BELAJAR ! Belajar terima . Belajar berlapang dada dengan semua orang . Unless ada benda yang kita patut tegur , contoh la apa yg dia buat tu salah , tu takpe , tegur lahh . Benda baik kan . Tapi kalau orang tu cakap prinsip dia sekian sekian sekian , tetiba ko tak setuju then terus kutuk dia macam2 . Tak patut la kan . Setiap orang ada pandangan dia sendiri . Ingat 1 benda , ada benda kita boleh cakap direct , ada benda kita tak boleh cakap direct , lagi2 benda tu mungkin boleh kecikkan hati orang tu . Faham tak kat sini ?

Jaga lidah tu . Jangan direct sangat . And jangan nak harap orang lain sama macam kita .
Semua orang berbeza , lain2 . Ha banyak kali dah ni aku ulang . Stress punya pasal . -,-

ALLAH Ta’ala menciptakan setiap seorang dari manusia itu mempunyai watak yang berbeza-beza . Hatta kembar yang lahir pada selang beberapa minit dan dari rahim yang sama , komfem berbeza perwatakan . Terpulang pada manusia tu selepas akil balighnya mencorakkan akhlak diri ; sama ada baik dan buruk .
Got it ? :)



Ha ni aku jumpa :


Sesungguhnya perbezaan itu adalah lumrah, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman sebagaimana dinukilkan dalam Al-Qur’anul Karim, Surah Huud ayat 118 – 119:

“Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka.”

Dalam ayat tersebut, ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa perselisihan pandangan yang berlaku di kalangan orang-orang yang beriman adalah rahmat, yang membawa kepada peningkatan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT, bukan sebaliknya.


Conclusion kat sini , setiap manusia memang dilahirkan untuk berbeza . Marilah kita belajar untuk menghargai , bukan setakat menerima perbezaan tersebut . Stop kritik orang lain . Okay guys ? Clear ? Good .

Awesome people akan berfikir dan berubah . :)
Semoga bermanfaat .
Salam ^_^






Monday, 2 January 2012

Jodoh Ohh Jodoh . HEHE

Bismillahirrahmanirrahim .

Berjumpa lagi kite ye . ( Bajet artis kan ) Haha .
Okay guys , harini terasa nak cakap pasal jodoh . Ha tengok , belum apa2 korang da cakap aku gatal kan ?
Aku taw dahh . Haha . Sat nohh , mukadimah pun belum , sabaq2 la pun kalau nak serang aku . :p

Okay , semua orang pun nak jodoh yg terbaik , ye x ? Yela , kalau boleh mestilah nak berkekalan sampai tua kan ? Mana ada orang kalau da kawen tu nak maen tukar2 hubby/wife mcm tukar baju . Unless dia tu memang mata keranjang , x cukup 1 . Haha . Okay kejap , aku x tentang poligami okay , aku tara hal pun bab tu kalau kena caranya n ada sebab yang baik . *muka suci . :)

So , guys , pasal jodoh ni , xde salahnya kalau kita doa dari sekarang pun , doa untuk dapat yang terbaik , untuk diri kita , untuk bakal ank2 kita nanti . Tak gitu ? Bukan masalah gatal tak gatal , benda ni semua orang akan lalui 1 hari nanti . So , siap2 la mintak dari kita muda ni , mudah2an doa kita tu Allah makbulkan , and kita dapat yang terbaek . Tak nak ke ? Tipu la kan kalau taknak . Ececehh . Hehe .
Doa2 mintak jodoh yang terbaik ni melambak , search je kt ENCIK GOOGLE . 
Print je and doa la lepas setiap kali solat . Kalau benda baik yang kita mintak , insyaAllah makbul nanti . Doa tu salah 1 usaha jugakk . Hehe .


Ni aku jumpa tadi .

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

See ? Tapi yakinlah , Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita . Kita merancang , Allah juga merancang , tapi perancangan Allah la yang terbaik . 

Let say , kita dah usaha jadi orang yang baik dan kita dah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik , tapi tiba2 pasangan kita bermasalah , bersabarlah . Tanam dalam diri bahawa tu lah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga . So , rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah .



Yang penting bukan siapa suami / isteri kita masa kita nikah dengan dia , tetapi siapa dia setelah menikah dengan kita. So,  janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan , tetapi di pertengahannya , penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga !

Semua orang pernah buat silap rite ? Mana ada orang PERFECT .

Yeah , kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Tapi mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali . Cukup hanya sekali , pertama , sebab kejahilan. So , belajarlah . Kalau kedua , tu sebab DEGIL . 

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali . Tu yang terbaik. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai : Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali !

Panjang lebor dah ni , stop dulu . Hehe . Salam :)

p/s : ♥ “Allaah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allaah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time.” ♥






Sunday, 1 January 2012

Tunang orang ?! Woahh .

Bismillahirrahmanirrahim . 

Ahaha , Haishh . Meh cek nak habaq mai sat . La ni , cek da jadi tunang orang . HAHA . Hang x caya ? Ntah2 hang pn x sedaq hang tu pn da jadi tunang orang . Oke aku bukan org kedah , x reti nk speaking . Ckp biasa je la ehh ? Ramai org x sedar kita boleh jd tunang org tanpa kita sedar . Ape banyak sangat word SEDAR ni ? HAHA . Nak bukti ? Meh sini meh . HEHE .


see ? faham tak ?
aiyokkk . xtauu . haha . sebab tu jgn main2 kalau sebut2 psl kawen .Unless korang mmg betul2 nk jadikkan org tu hubby korang la kan . hehe . Jangan la pulak nk maen2kan bab2 kawen nih kalau korang syg je kt org tu , x cinta pun , erti kata lain , x hingin pun nak kawen dengan dia . Pahe dok ?

Haa . skrg ni , ape pulak beza kalau kita syg je or cinta kt org tu ?
Macam mana nak beza kan ?

Dr pemahaman aku la kan . Kalau kita "syg je" kt org tu , x semestinya kita nak jadikan dia teman hidup kita . Tapi kalau kita cinta kat dia , kita betul2 nak dia jadi teman hidup kita & insyaAllah nak bercinta sampai syurga.

And benda ni aku jumpa tadi .

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Dia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."


See ? HEHE . And kalau boleh kann , word cinta tu / nak luahkan rasa cinta tu , biarlah lepas korang da betul2 jadi milik si dia yang sah . Kan lebih manis ? Rite ? 
Lagi2 lepas akad nikah ke masa nak salam hubby korang tu , bisik kat telinga dia , 
SAYA CINTAKAN AWAK .

Fuhhh , boleh menangis la kot masa tu kann . HAHA .
Okay tu je la kot untuk entry ni .
Oh lagi 1 , jangan lupa .

Kita insan lemah .
kadang2 cinta membutakan hati .
Kita sanggup berkorban apa sahaja demi cinta yang xpasti .
Hakikatnya,,cinta pada Allah merupakan cinta yang hakiki dan kekal abadi .

Ehe , cek mintak diri dulu nohh . 
Salam :)