Bismillahirrahmanirrahim .
Salam . Alhamdulillah masih bernafas saat ni .
Semoga kita dikurniakan rahmat dan nikmat hidup dalam Islam dan Iman,
~Amin~
Okay , straight to the point . Ada benda penting nak cakap ni . Benda ni khusus untuk kaum Adam . Wahai lelaki2 sekalian , sila baca dengan hati terbuka . Bukak hati , bukak minda .
Nak tanya , how often korang pergi solat jemaah ? HAAAA . Jangan senyum2 kambing kat sini . Kena siku nanti . Hehe . Okay . Even dekat pun masjid/surau dengan tempat korang , tetap rasa malas kann . Biasalah, muda lagii . Nanti da tua la baru pergi masjid . Buat ibadah banyak2 . Tak gitu ?
Okay people , silap besar yee . Ajal datang bila2 . Takde alarm ke warning ke ape ke . ANYTIME . Suppose to be , masa muda2 ni la , masa tengah larat nak bejalan , masa tengah gagah , tengah bertenaga lagi , apa salahnya berjalan pergi jemaah kat masjid .
Nak tahu tak apa FADHILAT nye bila berjemaah ? Jap , FADHILAT tu keistimewaan/kelebihan ye abg2 comel .
Ni antaranya :
Masuk Syurga Tanpa Hisab.
Ada 3 golongan yang sembahyang berjemaah di masjid yang dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab:
Golongan pertama ialah orang yang ketika azan berbunyi dia sudah berada di dalam masjid (menunggu azan di masjid).
Golongan kedua ialah orang yang berada dalam perjalanan ke masjid ketika azan dikumandangkan.
Golongan ketiga pula ialah orang yang bergegas keluar dari rumahnya setelah mendengar azan menuju ke masjid tempat azan dikumandangkan
Terima suratan amal dengan tangan kanan.
Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir. Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal (kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada tangan-tangan mereka.
Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya;
Haqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kenapa 27 ??
Baca kat sini .
So , taknak ke ?
Renung2kan .
Selamat beramal . :)
No comments:
Post a Comment